Kursus berfokus kepada kurikulum Bahasa Arab
sekolah rendah, membincang secara
mendalam konsep dan asas-asas pembinaannya. Ia Menilai komponen kurikulum,
kesesuaian kandungan kemahiran berbahasa dan bahan sokongan kurikulum Bahasa
Arab sekolah rendah. Disamping itu, ia juga membincangkan berkaitan
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah yang dilaksanakan di sekolah rendah yang
merangkumi konsep, standard pengukuran tahap penguasaan, contoh-contoh
penilaian serta cara pelaksanaan dan pengurusan pentaksiran di sekolah.
Menerusi kursus ini pelajar dapat menguasai ilmu dan kemahiran berkaitan
kurikulum dan pentaksiran bahasa Arab sekolah rendah di Malaysia. |